Thursday 29 January 2009

Kawan Lama n Setahun "Kehilangan" Arwah Loloq

Hurmm... blehkan gua mulakan ayat dengan sedikit mengeluh... bukan apa ble cite pasal kengakwan nih kekadang panas dalam gua rasa... yela kengakawan ni sebenarnya banyak kategori kalau nak diklasfikasikan.. ada kawan baik, kawan tak baik.. kawan susah-senang, kawan senang jew.. kawan susah.. lu susah aar sendri... kawan sekolah.. kawan opis... kawan ngeteh.. dan paling best kawan Dunia Akhirat.. pergh sape ada kawan ketegori nih memang best! tapi tak per aarr... first story pasal Puan Minie malam tadi, date ngan kawan lamanya bersama-sama dedeq. Kawan lama Puan Minie nih nama dier C-Mex.. Puan Minie kenal C-Mex nih masa zaman kegedikannya dulu ketika tu pertemuan dorang kat satu kelab riadah.... (Cover line) so start dari situ Puan Minie dan C-Mex slalu ler jumpa, lepak, mengeteh dan cemacam lagi lah ngan C-Mex and the gang.... Puan Minie nih ramai kawan actualy.. tapi ramai yang dah lost contact ble semasing dah kawen... ada family... kuar dari puchong... so yang closed tuh tinggal beberapa kerat jew.. so puan minie still lagi keep in touch ngan C-Mex nih pakai YM.. so malam tadi jumpa ler Puan Minie ngan C-Mex dan bertemankan dedeq anak buah puan minie... setelah dekat 5-6 taun tak jumpa berportkan old town white coffee pee jay.. berjumpa lah puan minie ngan C-Mex dok lepak-lepak sambil flash bak cite-cite dulu mase zaman2 belia remaja... C-Mex nih kenal gak ngan dedeq nih coz dulu puan minie slalu cite pasal dedeq kat C-Mex and kekadang tuh ble lepak ngan C-Mex puan minie angkut sidedeq nih sekali.. C-Mex pun dah kawen dan ada satu cahayamata so ape yang best sangat sampai nk buat entry tuk ari nih.. Actualy puan minie terharu masa borak2 ngan C-Mex dia kata dia cari dan maseh hengat kat puan minie nih coz dia tak akan lupa jasa2 baik puan minie sepanjang perkawanan mereka dulu.. puan minie pun agak terharu.. apa sangat ler jasa puan minie kat si C-Mex nih selain sesama berseronok... masa tu puan minie memang kaki happening... so puan minie rasa tak ramai dizaman skang ni yang hargai sesuatu perhubungan dalam persahabatan dan mudah lupa jasa baik seseorang walaupun sebenarnya tak mengharapkan itu sume... ye arr bak kata pepatah Karam Singh Walia.. Kawan gembira itu ramai.. kawan menangis itu kurang dan kadang2 tak ada langsung.... jadi kenapa anak dirumah mati tak makan... kera di Zoo disusukan.... Tuk C-Mex... puan minie pun hargai persahabatan korang itew.. next time kalau nak date ngan gua sekali..

Next entry gua... Al-Fatihah tuk arwah Loloq @ Rosli Khamis




Loloq adalah idola puan minie dari segi penulisan... dan juga lirik-lirik lagu nya selain tu puan minie suka sangat ngan loloq nih kerna sikap luaran dan dalaman dier adalah amat kontra... selain tuh puan minie kalau tengok lakonan loloq dier mesti gelak tak hengat... Pelik cam ner orang cam loloq tu bole jadi pak lawak... gua pun minat loloq gaks... terasa sangat kehilangan loloq.. loloq ngan mamat khalid kalau digabungkan.. bleh gile hasil dorang walaupun loloq juga sangat rapat ngan M.Nasir... Persahabatan loloq ngan M.Nasir nih gua rasa sesuatu yang tiada sesuatu.. sumer nyer very transparent.. takyah nak selindung2 dan seperti tak kena jika tiada salah sorang... camner ekk M.Nasir bila orang kanan dier dah "tak ada"...



Kat Bawah ni gua copy penulisan M.Nasir pasal loloq kat dalam utusan malaysia hari ni...






M. NASIR (kanan) bersama Allahyarham Loloq pada Majlis Anugerah MACP pada tahun 2006





Rahmat buatmu Loloq - M. Nasir
M. NASIR (kanan) bersama Allahyarham Loloq pada Majlis Anugerah MACP pada tahun 2006.
SETAHUN yang lalu, pada tarikh hari ini, industri hiburan tanah air kehilangan penulis lirik prolifik, Loloq atau nama sebenarnya Rosli Khamis.
Kehilangan seniman itu pada usia 50 tahun dianggap sebagai kehilangan besar pada industri hiburan tanah air.
Bagaimanapun, di kalangan ramai karyawan muzik, Loloq dianggap orang paling kanan dalam kehidupan sifu M. Nasir.
Pemergian Loloq merupakan kehilangan paling besar buat seniman kelahiran Singapura itu.
Justeru, sempena setahun pemergian Loloq, Hits mengundang M. Nasir untuk menulis dan bercerita mengenai rakan karibnya itu.
– PENGARANG,
SETAHUN sejak Loloq pergi, aku melepaskan keterbiasaan sedikit demi sedikit.
Keterbiasaan melalaikan aku pada sesuatu yang tidak biasa.
Kerana keterbiasaanlah hampir hari-hariku terasa Loloq akan hadir menyambung bicara jam 3 pagi, semalam di Warung Awe atau Yeop dekat pejabat Luncai Emas berbicara penemuan-penemuan pencetus idea atau sekadar bicara prestasi Manchester United yang kekadang mencemaskan.
Kemudian mengingatkannya tentang lirik yang seharusnya siap dua minggu lepas.
Pernah ketika umur kami menjangkau 40 tahun, kami berbicara tentang mati.
Lalu sentuh kematian P. Ramlee yang masih agak muda. Seniman mati muda ramai.
Khairul Anwar mati muda walau dia mahu hidup seribu tahun lagi. Kita mahu hidup seribu tahun lagi.
Namun, itu hanyalah penyataan puitis dan nyatanya ajal bergaul dengan fitrah.
Buat diriku, seniman terus hidup selagi karyanya hidup.
Loloq adalah seniman dan sahabat karibku. Lebih dari itu, dia adalah 'cerminku' yang kini hilang.
Aku tak pasti dia pemujaku, tapi aku hampir pasti dia pengkritik aku yang setia.
Zaman pencarian di Singapura dekat 30 tahun dahulu menemukan aku dengannya.
Gayanya yang menangkap, bercermin mata ala John Lennon dan gigi ala Tompel sukar dilupakan.
Dia telah lalui zaman gelap. Allah sahaja yang tahu sejauh mana dia telah merantau tapi dia menjelma seperti burung api yang gemerlap.
Aku akui waktu itu aku hanya pelajar. Namun, aku telah menghasilkan album Kembara dan dia cuba membongkar pemikiranku.
Dia penggemar Beatles dan Bob Dylan seperti aku.
Umur kami sama. Hidup kami ala hippies lalu reaksi kimia pun tercerna.
Loloq datang dan pergi dalam hidupku sehingga dia muncul semula di Sungai Buluh, sewaktu aku mula membina tapak Luncai Emas 15 tahun dahulu.
Itu pun dengan keresahan perantaunya sehingga bersama kawan-kawan lain menetap di rumah sewa di belakang pejabat lama Luncai Emas.
Bagaimana dia mula mengambil berat dalam penulisan adalah keanehan.
Aku sedar dia pembaca tetapi menulis?Namun, dia mula menulis dengan kumpulan percubaannya, Rastari waktu di Singapura.
Kapal Belayar dan Wak Jono adalah antara lirik pertama yang ditulisnya.
Walau kurang sempurna, ia menghidupkan satu aliran muzik indie dengan suaranya dapat didengar dalam beberapa trek album itu.
Loloq hilang agak lama lepas itu, sehingga dia muncul dengan lirik Insan & Manikam dalam albumku.
Sejak itu dia tidak melihat belakang lagi. Dalam masa-masa yang sama 'menikah' dan membuat 'duit' dari album seterusnya seperti Ella dan Search.
Kekadang dia menyatakan kerisauannya dengan kestabilan hidup.
Takut kalau perantauannya akan berakhir seperti orang biasa.
Loloq, kekadang Nurbisa, Abdullah Romani, kekadang Heikal dan Kristo Bimbo adalah ironi pada Rosli Khamis.
Dia adalah jegela yang bermainkan watak- watak, namun, mencari dirinya yang sebenar.
Loloq memasuki dunia seni hiburan ini dengan semangat menambah warnanya dengan cara tersendiri.
Walau bagai seorang penulis lirik suaranya lebih lantang dan dirasai daripada kebanyakan penyanyi dan pencipta lagu.
Dia adalah karakter yang sukar dilupakan. Siapa yang mengenalinya tidak akan lupa dengan gayanya, tawanya, pemakaian fesyen terkini dan ranggi serta anting-anting di telinga.
Tapi yang mendalami jiwanya, akan mengenal manusiawi bernama Loloq.
Rupanya perantauan Loloq tak habis lagi. Dia kini merantau ke satu daerah baka melepasi fana dan lagu-lagunya adalah gema karya rasanya di bumi ini.
123 Do Re Mi

Apa nak jadi

Alif Bata A B C

Apa nak jadi

Akan terjadi

Hujan pasti berhenti
(Petikan lirik lagu Apokalips oleh Loloq)
Rahmat Allah Untukmu Loloq,Daripada aku,M. Nasir

Thursday 22 January 2009

QUATTRO


Puan minie memang ada satu hobi iaitu makan.. ala-ala konsep jalan cari makan gitew.. biasanya aktiviti nih puan minie suka melakukan bersama SIL.. but lately SIL dah start diet...Tetapi Puan minie masih juga meneruskan aktiviti jalan2 cari makan nyer itew.. selain menyoping ntah ape2 ntah...

Promotion flyers
So semalam puan minie selanjur puan minie dah berjumpa clientnya di KLCC hatta terhengatla puan minie akan email yang diterimanya oleh kengakawan mengenai lunch promo kat salah salah satu restoran dekat ngan KLCC nih... Quattro ... gitew ler kiranya nama tempat itu...
Satu lagi keunikan deco dalaman Quattro nih... dinding2nya berkonsepkan rempah-ratus gitew.. cam kulit kayu manis, buah pelaga. cemacam lah.. dan lelangitnye dihiasi ngan kayu kayan... unik.. dan cantik..
Kat dalam frame tuh sumernye rempah ratus

So set yang puan minie dah office matenye amek nih RM19.90++ per set kira ok lah.....Tengok la gegambar kat bawah nih..... sesapa nk cuba bleh ler ke sana.. di Avenue K depan KLCC. tapi parking hazab giler.. ntah jauh kebawah tanah sana baru ler puan minie dapat parking...





Ni air kegemaran puan minie... limau+asam boi

Tuesday 20 January 2009

Air Mata Danish

Gua dah citer ngan korang actualy puan minie adah lebih gengter dari gua... Ni kisahnya blaku semasa puan minie mengajar Danish tuk menyiapkan homework yang diberikan oleh teachernye malam tadi... Actualy Danish ni bersekolah di IIUM Montessori (nanti gua citer pasal IIUM nih...) dimana bahasa perantaraanya adalah English. Cam biasa.. danish nih bila buat kije dia memang gelojoh puan minie baru A dia dah ke MNO.. dan seperti biasa dia akan membuat apa2 juga benda tanpa menerima arahan sepenuh nyer.. dan kekadang tuh dan dapat arahan pun dier buat derk jew... itu ler ciri2 danish yang selalu memebuatkan gua dan puan minie memerlukan bekalan oksigen yang lebih agar boleh bernafas dan menyambung api amarah kami.... Selain itew satu lagi sifat semulajadi yang ada pada danis nih ialah perasaan hengen tahu yang sangat kuat lah! So berbalik pada citer homework danish nih.. so bila dah tuk gurunyer puan minie...yang terkenal ngan sifat keMAK DARA an nya (cam citer P Ramlee > menangis konon... buat apa ko menangis di sinih.. pergi ko menagis disanaaaaaaa!!!!) so panahan petirnya yang sangat la kuatnya telah menyebabkan danish menangis bila salah buat kije.. bukan apa pun cuma color jew tapi yang menaikan tekanan darah puan minie apabila danish tidak dapat mengenal color itew in english....

Menurut kata La'maria velentino de'hendon kerana panahan petir puan minie itew bukan saja danish telah menangis tetapi juga adiknya Hasif yang sedang tido juga beberapa kali menangis kerana terkejut .. korang tengok jew ler gegambar dibawah dan korang buatler pernilaian sape yang lebih gengterssss... gua or puan minie...


Ni ler hasil nyer...

Sunday 18 January 2009

Lagi Xtivity Puan Minie Dihujung Minggu

Semalam selepas puan minie dan kroni2 nyer mengenyangkan perut di papa rich hatta berkoyan-koyan lah puan minie, danish dan SIL memulakan lagi next mission... (next time plan apa2 mintak hizin dlu... @ ni bukan ayat ugut tapi ayat dengki nih...)
So next destination puan minie dan kroni nyer ialah warehouse sales DKSH... kan gua dah pernah cite last entry puan minie nih kalau bab membeli dan blah nih cukup digemarinyer... walaopun kroninye tak brapa nk cukup tuk aktiviti kali nih ler...
dan paling berbaloi bli, ialah barang rubbermaid memang ler murah 70% dari normal price... tapi masa puan minie pergi tuh walaupun masih pagi tapi banyak barang dah habis dah.. yela second day kan...
so ni lah hasil nyer pembelian puan minie bersama kroni nyer.....

Vitamin Danish stock tuk 5 bulan
Dan cam biasa lah bila hujung minggu mak men dan puan minie akan mengadakan pesta makan anak-beranak... uish.. uish.. tak cukup ahli rumah... mak men telah mengarahkan puan minie tuk memanggil semua bala tentera tok melah (SIL & BIL) dari taman medan dan jalan tembusu.. nasib ler terengganu ngan felda jengka tu jauh.. kalau tak BIL kat sane pun dikerahkan balik tuk menjoin aktiviti extream nih....





Sesapa yang terliur dan terhingin nak resepi bleh ler PM gua or email gua nanti gua inform sama puan minie... kasi dia email lu orang ...
Dan aktiviti nih berlarutan hingga ler ke Juara Lagu ke 23 semalam... tapi puan minie kul 9.30mlm dan zzzzZZZZZ kerna semput makan pulut kuning.. sendri pikiueq la no.....

Papa Rich



Matahari baru nak naik dua branak nih dah kuar di hari ahad..

Gua kaya beb.. gua kayo!!!!!!!!!!!!!! Hehehehe gua propa jew.. Wah bukan main puan minie.. semalam bersempena cuti di hujung minggu puan minie dan danish telah berkomplok membuat Xtivity bersama dan turut serta oleh SIL gua. Wah!!! wah... puan minie pepagi nih dah bangun tanpa tiada siapa yang mengejutnya siap danish pun bleh bangun sekali tuh.... gua tengok jam baru kul 7.05am puan minie dah dok siap2 (slalu kalau nka gi kije pun tak sesenang cam gitew 5 minit.. 5 minit..). "Gua pun sound puan minie nak kemana tuh?" (ye arrr tak mintak izin pown.....) dia cakap nak gi amik SIL gua kat cheras.. ermm gua malas amik port trus ler gua tarik slimut sambung tido.......
Menu Konsepnye yang agak menarik

Danish seperti biasa "tolo" setengah masaknya.. Muka riak sangat ekk.. nak hanger?

So rerupa puan minie semasa amik SIL gua kat cheras the olls dah pun breakfast kat satu kopitiam nih "Papa Rich". As per puan minie apa yang mengimpresskan dia yelah decoration kedai yang sangat menarik dan berkonsepkan kayu-kayan.. actualy puan minie memang suka konsep kayu-kayan nih...

SIL ngan chicken porridge
puan minie telah memilih roti prata with curry sauce

Selain tuh makanan nyer juga agak memberangsangkan juga... kira konsep dan menunye pun memang menarik ler.. kata puan minie lagi kalau dari lima bintang dia bagi 31/2 bintang.. Papa rich ni ada di Bandar Permaisuri Cheras... tempat lain tak tahu ler plak...

Tapi satu jew yang tak best kata puan minie toilet ngan tempat cuci tangan dier tak bersih! Sayang ek... luar jew cantik.. tapi jauh diceruk dapur tak bersih.. tuh yang kureng skit tuh...


Thursday 15 January 2009

Vantage Mak Men Pecah!!!!!!!!!!

Full Set



Semalam gua tengah tido lena tetiba gua terdengar bunyi kaca yang sangat kuat.. Prangggggggggggggggggggg!!!! dah tetiba house asistant (nak glemer) mak men gua si Maria terus menjerit YA ALLLAH DANISHHHHHH!!!!

Ble sebut jew nama Danish (hero gua yang sulung) badan gua macam kena karen trus bangun dari tido dan seperti satu anjakan paradigma... gua pun melulu kuar dari bilik... Masa tuh gua dah nampak Danish trus memulakan pecutan 400 x 4 nyer ke arah dapur....

Bila gua pergi jew tengah rumah... gua dah rasa nak terkuncil tapi gua tahan.... VANTAGE set minum petang mak men gua yang tersergah indah didalam alamari jatinyer telah berderai jatuh ke lantai... Hati gua masa tuh pun luluh giler.. apa mak men gua nyer prasaan plak masa tuh.. tu blum puan minie lagi tahu.. mau naik antu dibuatnyer... nasib set vantage puna minie tak diletakan disitu kerna tak muat....
Set yang pecah berderai itew

Bila gua pusing belakang danish dah hilang.. tapi SIL gua ngan anak-anak buah puan minie dok tercengang-cengang....
Gua tau puan minie cakap kat gua mak men main kutu nak beli set tuh....
Tetiba gua rasa bersalah dan hilang ingatan.. gua trus jerit Danishhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhh!!!!!!
dan masa tuh macam disuruh2 gua mencapai hanger baju dan tanpa terduga gua terpukul danish bila masa dia datang....
Bila gua sedar... jew gua tengok danish dah dalam dakapan mak men gua yang masih bertelekung ketika itew... dan hanger tadi patah berkecai.. Gua tak sengaja...
cuma perasaan gua yang cuak dan bercampur baur dan paling gua malas nak dengar panahan petir thunder cats puan minie bila dier balik nanti.. dah sah-sah gua akan dipanggil slepping budha dan di persalahkan sebab tak jaga anak2...
Setelah dikaji selidik sebenar nye Danish hanya lah penyebab ajer.. dia terbaling kayu roundersnyer ke alamnari jati itew dan sebenarnya klip yang menahan kaca dlam alamari tuh sangat ler kecil dan memang tak boleh dipercayai... dan tuk 'Ayah' danish a.k.a enchik nazir.. tolong beli kayu rounders versi keras pulak yer.. bole ler lepas ini danish baling kat TV plak....

Dan apabila puan minie balik dari kerja dia agak terkesima tetapi masih boleh kontrol semangat halilintarnyer itew kerna dia tengah bengang ngan gua kerana terpukul anak kesayangannyer itew.. dan puan minie dah berjanji tuk mengantikan semula set yang pecah itu kepada mak men gua tapi tunggu warehouse sale yer mak.......

Dan gua jugak dah diberi amaran keras oleh puan minie supaya jangan sekali-kali memukul anak sampai seperti apa yang gua buat kat danish smalam... (walaupun puan minia kalau naik antu bole buat lebey dari itew tetapi tidak meninggalkan kesan)
Hanger yang patah.. sorry danish papa diluar kawalan

Kesan di perut ish

Beehon Sup Sentap


Alkisah dua hari lepas Puan Minie balik dari kerja dengan tangan sebelah dok pegang kepala.. Yang gua pulak dok sibuk ajak puan minie pergi kedai moto tuk menjual moto gua yang dak hazab bebenar inih.. Gua tak tanya plak kenapa ngan puan minie.. tetiba puan minie pun menarik muka masam trus parking depan TV dan tido ngan lenanya.. so gua pun cargas masuk bilik dan sambung ler online game gua.. lepas tuh gua pun tetido jua akhirnya..
Tetiba gua rasa badan gua nih digerakan bila buka mata ternampak ler RASAKSA didepan wa opsss soryy puan minie rupa nyer........ Larikkkkkkkkkkkkkkkkksssssssss
Dia pun sound gua ajak gi carik beehon sup katanya tak lalu makan... gua pulak buat tak amik port jew.. tetiba puan minie pun trus blah amik kunci keta ngan kantung hekmatnya... gua still gaks tak amik port.....
Bila gua nak gi kije puan minie baru balik dengan barang2 yang sarat ditangan dier...
Seperti biasa gua tetap tak amik port start moto trus blah gi kije..

Gua bukannyer tak perihatin tapi puan minie nih walaupun sakit slalunyer dia lebih sihat dari orang sakit dan lagi satu sakit cam mana pung kalau gi shopping dia mesti sehat.. tu ler pasal gua tak amik port sangat.... saje nak bermanja ngan gua lah itew..
bila gua balik kije gua tengok kat meja makan... ada tudung saji... gua buka pergh ada beehon sup...
gua pun santap ajer ler... wahh bukan nak puji ler.. giler sedap terasa.... sumer siap ngan pedas gua layan dua mangkuk... Wah kedai mana puan minie bli nih..
Besok nyer bila gua tanya mak men gua.. dia kata puan minie yang masak...
Wah sentap nyer pasal masak sampai seperiuk kuah sup nyer.. tapi giler sedap..
Tuk Cik Z... you kena try... suruh puan minie buat lagi.. giler sedap......
Dan besoknyer puan minie pun emce setelah di periksa doktor Zuraidah katanye puan minie ada gastrik tak boleh perut kosong (habis camne nak diet nih) dan hangin pun banyak... tuh pasal suke naik hangin....




Thursday 8 January 2009

Susah sangat Hidup gua, Tapi....

Susah sangat hidup gua.. memacam nak kena bayar.. bil itu bil ini.. puan minie yang selalu komplen tak cukup ini tak cukup itu... tapi wat ever problem yang datang pun gua still kena hadap juga.. gua and famili masih boleh hidup agi.. tapi bila lately ni gua dok received email dok tengok buletin utama, dok baca paper sume dok tunjuk pasal GAZA hati gua yang rock ni boleh tersentuh... tu tak termasuk puan minie yang menjadikan topik nih kat atas katil dimalam jumaat.... Puan minie siap boleh tangkap leleh dan sekali gus keseronokan di malam jumaat telah bertukar kepada sendu sendan puan minie..

Kat sini gua and puan minie nak share ngan korang sume pasal GAZA.. bayangkan kalau ini yang terjadi pada kita... apa ertinya bil astro yang nak dibayar.. sempat tak kita pikir bil api air yang kena bayar takut kena potong ada masa lagi tak nak ke Giant, Tesco, Ikea, tuk membeli barang2 dapur yang kekadang beli lebey dari yang sepatutnya.. ada tak lagi rasa terhengin nak ke keefsi kerana ayam gorengnyer, Mc'D teringat-ingat burger prosperity, Pizza Hut nak sangat makan hawaiaan chickenyer, Tonny Roma's dengan fried mushroom dan honey mustard...

Jom kita tengok nasib dorang yang dilakukan dengan kejamnye oleh Israel lahanak dan kita renung-renungkan kembali kehidupan kita disini... banding-bandingkan susah sangat ke kita disini?




Tuesday 6 January 2009

Hendon....

Ini kisah Puan Minie dua taun lepas.. kerna nak sangat cari duit.. lelebihan puan minie gua telah berkerjasama dengan seorang ejen pembantu rumah hendon yang juga merangkap mak menakannya... Alkisah puan minie diminta menguruskan pengambilan hendon2 di perlabuhan Klang dan menghantar kepada customer dilembah klang.. perjanjian konsensi yang ditandatangan oleh puan minie dan mak menakannyer ialah setiap hendon yang diambil dan diantar puan minie akan menerima RM300.00 hengget.. tak suke puan minie dapat sebanyak itew.. telah terbayang oleh puan minie uwang sebanyak itew bole dibelinye pelbagai barang.. itu baru satu hendon.. setiap kali hendon yg diambilnya di pelabuhan klang pasti akan penuh saru kereta Mvi puan minie... so setiap kali puan minie akan mendapat lebey kurang sehibu hengget.. So setelah hampir enam bulan puan minie menguruskan hendon2 ini maka telah terlihatlah oleh puan minie beberapa pekara yang kurang enak.. hendon larik la.. hendon tak nak kije la, customer komplen la sampai la puan mini pun dah tak selesa.. ditambah pulak puan minie pun ketika itew sudah berbadan dua.. maka gua pun kata kat puan minie you better stop. tak yah nak fening2kan kepala ngan kerenah hendon2 nih.. dan kisahnyer mak menakan puan minie itew pun telah menjalanan urusniaga yang tak berapak menariks kerana customers juga sudah naik hangin.. then bersara ler puan minie dari menguruskan hendon2 ini

TUP.. TUP.. setelah satu tahun setengah.. last friday puan minie yang baru dlm perjalan pulang dari kerja bersama kakaknyer mendapat satu panggilan dari anak customer yang mengabil hendon itew...

"Hello ini akak ..... kew?'

"Yer.. ni saper?'

"Kak saya erni anak kak N......" akak bole tak amik hosnah (si hendon laha itew) nih kat umah saya, saya tak nak dier lagi la kak... saya truma dia bawa lelaki dlm umah saya.... dia pecah masuk umah saya kak.. tolong kak saya truma kak.. saya takut.. saya tak nak report polis nanti banyak cerita lagipun permit die tak ada lagi.. nanti ngan akak2 terlibat"..




Wah gumbira betul hendon nih dok melayan BF dier dlm umah majikan..


wah puan minie pun ketakutan gitew.. kecut liuq... kecut sesume la... dan hati pun panas.. tetiba plak terlibat hal2 nih yela mak menakan puan minie itew dah mendiamkan diri dan menukar no. tel yang lain... Akhirnya puan minie pun pergi ler amik si hendon laha.. itew..

So kisanyer siernie nih tengah dok sibuk masak kat dapur tetiba dier terdengar bunyi macam hanphone vibrate.... dari bilik hendon dier (si ernie nih pun pandai sangat bagi hendon dier pakai h/p) si hendon ketika tuh tengah dok sibuk jaga ank si erni kat depan.. jadi si ernikan majikan yang baik hati gi ler masuk bila sihendon kekonon nak tolong jawabkan h/p si hendon... bila masuk jew bilik si hendon mak terkejut beruk si ermi bila dilihatnya ada satu lembaga yang berupa manusia sedang enak bangat tidur lena diulik intan siap ada sound effect lagik.. rerupanye ada jantan tengah tidur dalam bilik si hendon yg bunyi vibrate tuh bunyi jantan tuh berdengkur ler.. apa lagi menjerit ler si ernie.. bila dia jerit jantan tadi dengan penuh rasa tidak bersalah bangun dari tidur dan amik kunci dari poket seluarnye selambanye kuar ikut pintu blakang cam kuar dari umah mak dier jew dier buat... tuh yang si erni pun panggi puan minie tuk amik balik si hendon...

Dipendekan cite.. bila puan minie bawa balik hendon tuh kat umah puan minie pun buat ler sport check dan soal siasat (puan minie memang pakar bab nih) bial dier check si hendon nih ada 3 handphone.. pergh gua pun pakai satu h/p semua canggih2 lak tuh.. termasuk yang terletes h/p sony ericsson.. pastu puan minie baca sms dier pergh.... kapan kita bisa berdakapan lagi... enak bangat... dah semacam lagik lah tak termasuk pic2 pepronokan... pastu puan minie check plak dlm baju dan suar si hendon.. pergh siap bawa kunci umah majikan lama tuh.. nak pi rompak apa nanti.. pastu bila kat beg plak puan minie sudah jumpa no tel hotel tmapt si hendon nih berasmara dana bila dapat cutih.. gua pun heran napa ler sierni bleh lepaskan si hendon nih bergumbira sesuka hati.. pastu puan minie check plak beg rerupa dlam beg itew terdapt....

  1. Sehelai rambut... bersama seurat buluh (rasanye buluh perindu) ini bisanya kalau diremdam dalam air.. orang yang meminum itew akan menurut kata
  2. Tanah dan pasir segenggam ini gua tak pasti tuk apa tapi biasanya tanah dari kampungnya dicampurkan ngan tanah ditempat dia cari makan.
  3. Tangkal dalam kain itam... tak buka habis sebab ngeri tapi yang nampak ada besi. than kuku yang telah dibakar dan a few thing lagik la...
  4. Botol yang mengandungi air seperti air mani..

Puan minie apa lagi col gua yang tengah leka keja nih dan suruh gua balik.. gua pun kena le 2ggu sampai habis kije kul 3pagi sampai umah puan minie ajak gua nata hendon nih kat umah mak menakan dia masa tuh jugak... dia tak nak bertanggung jawab.. gua pun sian kan puan minie pun amik barang2 tadi dan campakkan ke sungai klang dan trus ler anta si hendon tu ke alor star...

Kesimpulanya.. gua nk sangat pesan kepada sume yang ada maid.. slalu ler monitor maid korang especially kalau dia HENDON...! dan jangan sesekali bagi HANDPHONE pada dorang....

Sunday 4 January 2009

Gua Mula Memblog

Sempena tahun baru gua kini telah ada hobi baru... gua dah mula memblog... Blog ini gua nak share cerita, pengalaman, kisah dan apa jua yang belaku disekiling wife gua a.k.a puan minie...
selain coretan kisah dua hero gua.. dan apa jua yang blaku disekeliling gua... dan selain itu perjalanan kisah puan minie yang sangat suka berjalan walaupun sudah hazap kantung nyer... itu tak termasuk keluar tanpa memberitahu gua terlebey dahulu walaopun hakikatnyer gua izinkan... to all kengakwan mari le kita bekongsi-kongsi cerita.. pada yang tak sudi ade gua kisah!!!!