Tuesday 24 February 2009

Hero-hero gua tidak sehat






Ubat Abang dan adik

Kalau hari itu gua dok baca cyberwira & kak senduk deman, skang turn hero-hero gua. Dua hari berturut-turut puan minie balik dari kije bawa hero gua gi klinik. Memula siadik.... tiga empat hari tak tido malam.. kalu tido pun mata pejam tapi menangis tak henti-henti.. sampai satu umah pun bole terjaga dari tido, pak long seap dukung bawa kuar umah tengah pepagi buta tuh tuk tunjuk bintang bulan bagai nak bagi diam, macam2 dah buat hengat kembung perut kew.. then mak men pulak kata nak beralih bulan, tapi tak... last2 makcik MP datang umah bising2 suruh bawa gi klinik seap bagi sponsor duit ubat lagi.. Puan Minie pulak kalu makcik MP bising telinga dia bole kuar darah.. so puan minie tanpa tukar baju kerja bagai... walaupun kepenatan trus memecut ke klinik Zuraidah (sesiapa dok sekitar puchong gi lah klinik zuraidah nih... memang orang ramai.. tapi cara doktor periksa bagus and harga pulak sangat bagus, we all pernah kena charge RM10 hengget jew seap ngan ubat sekali dan yang penting klinik orang melayu) bawa si adik... sume para ibu-ibu sila amik perhatian... rupa-rupanya setelah diperiksa oleh doktor siadik (baru 6 bulan) menangis berhari-hari tu kerana TAHI TELINGA nya keras. dan dia berasa tidak selesa sama sekali. patut ler setiap kali nangis siadik asyik tepuk-tepuk telinganya. dan doktor pun bagi lah buat tuk mencairkan tahi telinga itu bila dah titiskan dalam telinga malam tu baru ler siadik tido langsung tak jaga-jaga sampai ke pagi. Cover balik tiga, empat hari tak tido kot..

Tengah tido pun merengek-rengek

The next day... siabang pulak deman.... panas tak hengat.... dah bogel sume letak ais, pun maseh tak kebah.. then sekali lagi puan minie memecut ke klinik zuraidah.. dan panas nye hingga 40c......

Abang tengah kawtim nagn ibuk nyer... ubat mana dia nak makan.. sesuke jew

Si abang : Tak nak ler ubat ni bu.. tak sedap.. nak muntah....

Si Ibuk : Ya dimakan la... nanti ibuk dipukul mummy... makan aja kalau enggak biar saya makan.. nanti saya bilang sama mummy kok kamu yang makan..

No comments:

Post a Comment