Monday 3 August 2009

04 08 08




Hari ini tanggal 4 August 2009 genap lah umur hero gua yang bongsu berumur satu tahun. Hero kesayangang gua ini diberi nama Ahmad Diniy Hasif yang bermakna keagamaan dan cerdik. Gua berharap dari hari ke sehari anak gua akan membesar dan menjadi anak yang berguna didunia dan akhirat. Gua dan puan minie sentiasa akan berikan yang terbaik buat hero-hero gua. Hasif sempena harijadi adik ni papa doakan adik akan menjadi anak yang terbaik buat papa dan mummy. And mummy memang selalu over skit dah pun membelikan kasut ADIDAS buat adik....

Thursday 30 July 2009

Aku Yang Tak Ingat Atau Terlupa


Biar la gambar menceritakan

Monday 13 July 2009

Hasif Get Well Soon


Malam tadi Hasif telah pun dimasukan ke wad kanak-kanak hospital serdang. Selepas ujian tara ke tiga dan imbasan XRAY doktor telah mengesahkan paru-paru hasif ada jangkitan kuman. Doa untuk hero gua yang tersayang semoga cepat sembuh dan ceria seperti sedia kala.

Amin

Thursday 18 June 2009

Good Morning Sir!


Kisahnya hari Selala hari tu puan minie sesubuh sepei dah pun kuar dari umah menuju terus ke Legend Hotel KL disebabkan ada customer puan minie yang menyewa Notebook so kaedahnya seminar bermula dari pukul 8.00 pagi jadi mesti ler puan minie datang lebih awak untuk setup sume notebook tu.. So ceritanya puan minie dah kuar umah sangat la awalnya kerna takut terjebak dalam traffic jam... dari umah ke sana puan minie amik masa 20 minit jadi terlalu awal la kiranya puan minie dah sampai lebeh kurang 7.00pagi ak terjengul kat sana.. bebudak delivery crew ngan customer pun belum sampai.. so puan minie pun berlegar-legar ler di ruang lobby sementara menjadi penunggu yang setia...

So Puan minie lihat ramai betul la mat2 dan mek2 salleh yang tepinat-pinat biji mata dorang ngan t-shirt seluar pendek (katok) dan bersport shoe... kaedahnya nak gi sight seeing le gitew.. so apa yang puan minie perati kan asal lalu jer staff hotel tu depan dorang Wah... senyuman manis dilempar kan dengan ucapan Good Morning Sir... How are you?.. ada le yang jawab dan ada yang setakat say thank you!

Berbuah hati puan minie tengok budi bahasa kita rakyat mesia ni lagi-lagi pulak anak-anak muda yang ada budi bahasa...

TETAPI.... bila staff hotel ni lalu jer depan orang-orang kita nih erti kata lain local people... jangan kata nak ucap good morning senyum pun tidak.... Kenapa sebagai rakyat Malaysia yang kita sibuk dengan 1 Malaysia tapi bole ada nya double standard yang terang-terang... Padahal front desk staff macam kat hotel-hotel ni pada puan minie jangan lah sampai tunjukan double standard cam gini...

Kita dok agung-agungkan orang putih tu dok panggil sir, sir kat depa.. depa tu sapa? Pak menakan kita ke? ntah2 depa kat sana kije pam minyak jer... mai sini suka tak kira la bila kita dok panggil SIR kat depa.. pernah dulu puan minie baca satu buku... ada satu orang putih nih mai sini rasa tak mau balik sebab dapat layanan yang cukup baik kat sini dan paling dia bangga orang Mesia panggil dier SIR padahal dia kat sana sebagai dreba taxi jer...

Hurmm entah la ya.... cuba ler dengar2 citer kengakawan kita yang pergi ke tempat dorang.. dapat tak layanan cam gini... ada tu kawan puan minie gi australia ntah macamana kat kasut dia bole ada selai rumput... wah punya marah lah depa punya imigration sampai seret masuk bilik soal siasat... pastu dah tak de benda nak disabitkan depa amik kasut kawan tu yang baru beli konon nak ke asutralia bercuti nyer pasal....

Tapi ada juga budak hotel tu yang tegur puan minie siap tunduk lagi bila puan minie dah masuk kat confrence room... tu pun budak maintenance...

Thursday 11 June 2009

Al-Fatihah

Al-fatihah... Buat Allayarham Shukri Hashim. Lagi saudara terdekat Puan Minie telah dipanggil bertemu dengan Yang Maha Esa... Semalam Puan Minie dapat tahu pun memalui email yang dikirimkan oleh SIL tapi masa puan mini baca e-mail tu jenazah telah pun dikebumikan. Padahal masa Allayarham menghembuskan nafas terakhir ketika itu puan minie ada di HUKM untuk membeli ubat untuk Mak Men.
Shukeri Hashim merupakan bapa saudara sepupu Puan Minie.. ketika shukeri hashim baru sampai dari langkawi dia dan keluarganya tinggal bersama keluarga mak men di bukit kerinchi. Dia dan bapa nya pak hashim iaitu sepupu kepada Pak Men adalah orang yang sangat kelakar. Kali terakhir kami berjumpa beliau ketika hari raya hari tahun lepas..
Allah lebih menyayanginyer dan kami sekeluarga tidak tahu tengtang sakit yang dia hidapinya selama ini.... Takziah buat keluarga Shukeri Hashim.. tabahkan diri hadapi dugaan dari nya...

Tuesday 9 June 2009

Tol Gate Gurl


Hari-hari perjalanan Puan Minie ke tempat kerja dan berjumpa customer mesti lalu TOL (Lebuhraya). So kalau lebuhraya mesti kena bayar tol kan. Skang ni la sehengat gua ada berapa banyak lebuharaya kat malaysia nih.. Memula dulu PLUS, under PLUS ada Lebuhraya Sungai Besi, Lebuhraya UTARA SELATAN, ELITE, NKVE, LDP, DUKE, SMART, KESAS, LEKAS, KAJANG SILK, GUHTRIE dan lelain la.. gua bukan nak citer pasal lebuhraya ni... atau pun pasal kadar tol yang naik sesuka hati tapi ni pasal hangin fentau Puan Minie ngan bebudak tol ni yang terima duit atau yang tukang uluq tiket tol...

Apa yang buat Puan Minie hangin sangat is because they all nyer perangai baik lelaki mau pun pompuan tapi selalunyer pompuan la... bila bagi tiket or amik duit muka punya la masam mereput bak kata orang kedah, dah lah tak ucap terima kasih senyum pun jadi ler.. Perangai cam gini selalunye untuk staff tol LDP bahagian Puchong Selatan dan Tol SPRINT yang depan Eastin Hotel... dah ler pekak (sorry to say) bila bayar duit puan minie dah seap kata bagi resit yer dik then after amik duit puan minie uluq la tangan tunggu resit ada tu seap tanya nak apa lagi... wah tu yang buat puan minie suruh gua hupdate dalam blog ni dia boleh tanya nak apa lagi ? Marah ler puan minie dah ler hari ni merantau satu selangor dari hulu ke kuala selangor pastu terus gi tanjung malim lagi balik penat2 on the way boss suruh gi jumpa customer kat KL URGENT & IMPORTAN katanya... tetiba minah ni silap haribulan.. then puan minie terus kuar ayat bunga2 la.. dik ko ni muka jer lawa (hakikatnyer malas cakap yer ) tapi sayang pekak badak! Ko tak dengar ker I cakap bagi resit ko hengat aku nak mintak duit gaji ko ke? Ye la puan minie kena ler mintak resit untuk claim balik kat kompeni kan... hengat nak sedekah jer walaupun sehengget!

Bukan sume cam gini bebudak tol nih... kalau kat ELITE nyer tol bebudak nyer sume manis2 dan peramah kalau we all bawa danish depa dah seap bole kenai dah seap tegur lagi hi danish.. ada satu adik ni seap gurau2 lagi kalau tak silap puan minie dah seap hafal nama bebudak tol kat ELITE ni... cuma ada sorang jer yang nama dia start dari huruf M....... tu memang hujan ke ribut ke petir ker sejuk ke panas ker memang gitu le konsep muka dia dengan strutur muka yang tak pernah senyum... yang kalau hati tengah berbunga pun rasa cam potong stim jer tengok muka dia..

Puan Minie mintak mahap kalau terlebih atau ada ciri-ciri kekutukan tapi memang dah tak tahan dah gua rasa puan minie ngan budak2 ni.. Gua tau setiap kali Puan Minie bayar or amik tiket tol mesti dia kata TERIMA KASIH...

Susah sangat ker dorang ni nak senyum tak nak ucap terima kasih pun tak per ler... Ada yang kat tepi nama dorang tu seap ada poster tulis sila ingatkan saya jika saya tidak ucapkan terima kasih, senyum dan memandang muka ketika mengambil dan memulangkan wang.. cam tu ler lebih kurang ayatnyer.. komen puan mine pasal ni EH! ko hengat aku ni reminder ko! dah ler naik rega tol sampai 100% wah sesuka nak suruh aku jadi reminder pulak kot dapat diskaun tak per gak....!

Akhir kata gua tuk puan minie ... Puan Minie pergi ler top up balik touch and go awak tu dan isi ler batery kat smart tag tu.. tak yah ler awak ngadap muka depa lagi yang tak moh senyum kat puan minie tu ya.......

Monday 8 June 2009

Al-Fatihah

Hari ni lebih kurang pukul 12.30 tengahari Puan Minie telah menrima panggilan dari sepupunya di kedah... Berita kurang baik apabila diberitahu yang Paksu Mat telah kembali ke Rahmahtullah pada jam 11 pagi tadi. Sebelum ni paksu jatuh moto sama hari dengan gua xcident haritu. Masa jatuh orang ramai telah panggil ambulan dan paksu dimaksukan ke ICU serta merta pembedahan kepala dilakukan oleh pihak hospital sebab ada pendarahan dikepala.
Setelah pembedahan paksu koma tapi kata pihak hospital itu hanya sementara selepas 11 jam paksu akan sedar. Hari khamis malam dapat berita dari pak ngah yang katanya paksu dah tenat.. Akhirnya takdir menentukan hujan gerimis yang turun tengah hari tadi dikala matahari terik menandakan Paksu pergi buat selama-lamanya....
Takziah buat maksu, leya, hanif, izat dan adil serta keluarga dan Al-Fatihah buat paksu semoga rohnya ditempatkan dikalangan orang-orang yang beriman.
Kami sekeluarga mohon maaf kerna tidak dapat datang melawat disebabkan pelbagai pekara Insyaalah kami akan datang melawat maksu sekeluarga bulan depan. Khas dari puan minie untuk izat dan hanif.. hangpa sabaq banyak2 Allah lebih sayangkan paksu... dan telah ditakdirkan dia kembali lebih awal....
Patut ler paksu bulan lepas turun KL tuk berjumpa suma sanak saudara.. walaupun kesihatan nya yang tak seberapa... kata nya nak lepas rindu kat sanak saudara...
Al-Fatihah