Monday 8 June 2009

Al-Fatihah

Hari ni lebih kurang pukul 12.30 tengahari Puan Minie telah menrima panggilan dari sepupunya di kedah... Berita kurang baik apabila diberitahu yang Paksu Mat telah kembali ke Rahmahtullah pada jam 11 pagi tadi. Sebelum ni paksu jatuh moto sama hari dengan gua xcident haritu. Masa jatuh orang ramai telah panggil ambulan dan paksu dimaksukan ke ICU serta merta pembedahan kepala dilakukan oleh pihak hospital sebab ada pendarahan dikepala.
Setelah pembedahan paksu koma tapi kata pihak hospital itu hanya sementara selepas 11 jam paksu akan sedar. Hari khamis malam dapat berita dari pak ngah yang katanya paksu dah tenat.. Akhirnya takdir menentukan hujan gerimis yang turun tengah hari tadi dikala matahari terik menandakan Paksu pergi buat selama-lamanya....
Takziah buat maksu, leya, hanif, izat dan adil serta keluarga dan Al-Fatihah buat paksu semoga rohnya ditempatkan dikalangan orang-orang yang beriman.
Kami sekeluarga mohon maaf kerna tidak dapat datang melawat disebabkan pelbagai pekara Insyaalah kami akan datang melawat maksu sekeluarga bulan depan. Khas dari puan minie untuk izat dan hanif.. hangpa sabaq banyak2 Allah lebih sayangkan paksu... dan telah ditakdirkan dia kembali lebih awal....
Patut ler paksu bulan lepas turun KL tuk berjumpa suma sanak saudara.. walaupun kesihatan nya yang tak seberapa... kata nya nak lepas rindu kat sanak saudara...
Al-Fatihah

1 comment: