Thursday 29 January 2009

Kawan Lama n Setahun "Kehilangan" Arwah Loloq

Hurmm... blehkan gua mulakan ayat dengan sedikit mengeluh... bukan apa ble cite pasal kengakwan nih kekadang panas dalam gua rasa... yela kengakawan ni sebenarnya banyak kategori kalau nak diklasfikasikan.. ada kawan baik, kawan tak baik.. kawan susah-senang, kawan senang jew.. kawan susah.. lu susah aar sendri... kawan sekolah.. kawan opis... kawan ngeteh.. dan paling best kawan Dunia Akhirat.. pergh sape ada kawan ketegori nih memang best! tapi tak per aarr... first story pasal Puan Minie malam tadi, date ngan kawan lamanya bersama-sama dedeq. Kawan lama Puan Minie nih nama dier C-Mex.. Puan Minie kenal C-Mex nih masa zaman kegedikannya dulu ketika tu pertemuan dorang kat satu kelab riadah.... (Cover line) so start dari situ Puan Minie dan C-Mex slalu ler jumpa, lepak, mengeteh dan cemacam lagi lah ngan C-Mex and the gang.... Puan Minie nih ramai kawan actualy.. tapi ramai yang dah lost contact ble semasing dah kawen... ada family... kuar dari puchong... so yang closed tuh tinggal beberapa kerat jew.. so puan minie still lagi keep in touch ngan C-Mex nih pakai YM.. so malam tadi jumpa ler Puan Minie ngan C-Mex dan bertemankan dedeq anak buah puan minie... setelah dekat 5-6 taun tak jumpa berportkan old town white coffee pee jay.. berjumpa lah puan minie ngan C-Mex dok lepak-lepak sambil flash bak cite-cite dulu mase zaman2 belia remaja... C-Mex nih kenal gak ngan dedeq nih coz dulu puan minie slalu cite pasal dedeq kat C-Mex and kekadang tuh ble lepak ngan C-Mex puan minie angkut sidedeq nih sekali.. C-Mex pun dah kawen dan ada satu cahayamata so ape yang best sangat sampai nk buat entry tuk ari nih.. Actualy puan minie terharu masa borak2 ngan C-Mex dia kata dia cari dan maseh hengat kat puan minie nih coz dia tak akan lupa jasa2 baik puan minie sepanjang perkawanan mereka dulu.. puan minie pun agak terharu.. apa sangat ler jasa puan minie kat si C-Mex nih selain sesama berseronok... masa tu puan minie memang kaki happening... so puan minie rasa tak ramai dizaman skang ni yang hargai sesuatu perhubungan dalam persahabatan dan mudah lupa jasa baik seseorang walaupun sebenarnya tak mengharapkan itu sume... ye arr bak kata pepatah Karam Singh Walia.. Kawan gembira itu ramai.. kawan menangis itu kurang dan kadang2 tak ada langsung.... jadi kenapa anak dirumah mati tak makan... kera di Zoo disusukan.... Tuk C-Mex... puan minie pun hargai persahabatan korang itew.. next time kalau nak date ngan gua sekali..

Next entry gua... Al-Fatihah tuk arwah Loloq @ Rosli Khamis




Loloq adalah idola puan minie dari segi penulisan... dan juga lirik-lirik lagu nya selain tu puan minie suka sangat ngan loloq nih kerna sikap luaran dan dalaman dier adalah amat kontra... selain tuh puan minie kalau tengok lakonan loloq dier mesti gelak tak hengat... Pelik cam ner orang cam loloq tu bole jadi pak lawak... gua pun minat loloq gaks... terasa sangat kehilangan loloq.. loloq ngan mamat khalid kalau digabungkan.. bleh gile hasil dorang walaupun loloq juga sangat rapat ngan M.Nasir... Persahabatan loloq ngan M.Nasir nih gua rasa sesuatu yang tiada sesuatu.. sumer nyer very transparent.. takyah nak selindung2 dan seperti tak kena jika tiada salah sorang... camner ekk M.Nasir bila orang kanan dier dah "tak ada"...



Kat Bawah ni gua copy penulisan M.Nasir pasal loloq kat dalam utusan malaysia hari ni...






M. NASIR (kanan) bersama Allahyarham Loloq pada Majlis Anugerah MACP pada tahun 2006





Rahmat buatmu Loloq - M. Nasir
M. NASIR (kanan) bersama Allahyarham Loloq pada Majlis Anugerah MACP pada tahun 2006.
SETAHUN yang lalu, pada tarikh hari ini, industri hiburan tanah air kehilangan penulis lirik prolifik, Loloq atau nama sebenarnya Rosli Khamis.
Kehilangan seniman itu pada usia 50 tahun dianggap sebagai kehilangan besar pada industri hiburan tanah air.
Bagaimanapun, di kalangan ramai karyawan muzik, Loloq dianggap orang paling kanan dalam kehidupan sifu M. Nasir.
Pemergian Loloq merupakan kehilangan paling besar buat seniman kelahiran Singapura itu.
Justeru, sempena setahun pemergian Loloq, Hits mengundang M. Nasir untuk menulis dan bercerita mengenai rakan karibnya itu.
– PENGARANG,
SETAHUN sejak Loloq pergi, aku melepaskan keterbiasaan sedikit demi sedikit.
Keterbiasaan melalaikan aku pada sesuatu yang tidak biasa.
Kerana keterbiasaanlah hampir hari-hariku terasa Loloq akan hadir menyambung bicara jam 3 pagi, semalam di Warung Awe atau Yeop dekat pejabat Luncai Emas berbicara penemuan-penemuan pencetus idea atau sekadar bicara prestasi Manchester United yang kekadang mencemaskan.
Kemudian mengingatkannya tentang lirik yang seharusnya siap dua minggu lepas.
Pernah ketika umur kami menjangkau 40 tahun, kami berbicara tentang mati.
Lalu sentuh kematian P. Ramlee yang masih agak muda. Seniman mati muda ramai.
Khairul Anwar mati muda walau dia mahu hidup seribu tahun lagi. Kita mahu hidup seribu tahun lagi.
Namun, itu hanyalah penyataan puitis dan nyatanya ajal bergaul dengan fitrah.
Buat diriku, seniman terus hidup selagi karyanya hidup.
Loloq adalah seniman dan sahabat karibku. Lebih dari itu, dia adalah 'cerminku' yang kini hilang.
Aku tak pasti dia pemujaku, tapi aku hampir pasti dia pengkritik aku yang setia.
Zaman pencarian di Singapura dekat 30 tahun dahulu menemukan aku dengannya.
Gayanya yang menangkap, bercermin mata ala John Lennon dan gigi ala Tompel sukar dilupakan.
Dia telah lalui zaman gelap. Allah sahaja yang tahu sejauh mana dia telah merantau tapi dia menjelma seperti burung api yang gemerlap.
Aku akui waktu itu aku hanya pelajar. Namun, aku telah menghasilkan album Kembara dan dia cuba membongkar pemikiranku.
Dia penggemar Beatles dan Bob Dylan seperti aku.
Umur kami sama. Hidup kami ala hippies lalu reaksi kimia pun tercerna.
Loloq datang dan pergi dalam hidupku sehingga dia muncul semula di Sungai Buluh, sewaktu aku mula membina tapak Luncai Emas 15 tahun dahulu.
Itu pun dengan keresahan perantaunya sehingga bersama kawan-kawan lain menetap di rumah sewa di belakang pejabat lama Luncai Emas.
Bagaimana dia mula mengambil berat dalam penulisan adalah keanehan.
Aku sedar dia pembaca tetapi menulis?Namun, dia mula menulis dengan kumpulan percubaannya, Rastari waktu di Singapura.
Kapal Belayar dan Wak Jono adalah antara lirik pertama yang ditulisnya.
Walau kurang sempurna, ia menghidupkan satu aliran muzik indie dengan suaranya dapat didengar dalam beberapa trek album itu.
Loloq hilang agak lama lepas itu, sehingga dia muncul dengan lirik Insan & Manikam dalam albumku.
Sejak itu dia tidak melihat belakang lagi. Dalam masa-masa yang sama 'menikah' dan membuat 'duit' dari album seterusnya seperti Ella dan Search.
Kekadang dia menyatakan kerisauannya dengan kestabilan hidup.
Takut kalau perantauannya akan berakhir seperti orang biasa.
Loloq, kekadang Nurbisa, Abdullah Romani, kekadang Heikal dan Kristo Bimbo adalah ironi pada Rosli Khamis.
Dia adalah jegela yang bermainkan watak- watak, namun, mencari dirinya yang sebenar.
Loloq memasuki dunia seni hiburan ini dengan semangat menambah warnanya dengan cara tersendiri.
Walau bagai seorang penulis lirik suaranya lebih lantang dan dirasai daripada kebanyakan penyanyi dan pencipta lagu.
Dia adalah karakter yang sukar dilupakan. Siapa yang mengenalinya tidak akan lupa dengan gayanya, tawanya, pemakaian fesyen terkini dan ranggi serta anting-anting di telinga.
Tapi yang mendalami jiwanya, akan mengenal manusiawi bernama Loloq.
Rupanya perantauan Loloq tak habis lagi. Dia kini merantau ke satu daerah baka melepasi fana dan lagu-lagunya adalah gema karya rasanya di bumi ini.
123 Do Re Mi

Apa nak jadi

Alif Bata A B C

Apa nak jadi

Akan terjadi

Hujan pasti berhenti
(Petikan lirik lagu Apokalips oleh Loloq)
Rahmat Allah Untukmu Loloq,Daripada aku,M. Nasir

No comments:

Post a Comment